Nafas baru..

Salam

Assalamualaikum…kata ditabur pembuka bicara…Fist of all, this is actually a reborned of what had died..Well, too many things happening silih berganti…lagi dan lagi…tak perlu dirungkaikan satu persatu..cukuplah sekadar menyatakan, semuanya adalah tarbiyah dari Tuhan…yang berbeza- beza menurut kemampuan hamba-Nya…Sedangkan Rasul yang paling dikasihi lagi diuji…inikan pula insan lemah, kerdil lagi hina…

Ujian

Alhamdulillah, segala yang berlaku, baik atau buruknya, telah tercatat di sisi Allah limpahan hikmah yang kadangkala sukar ditafsirkan oleh akal yang terbatas ini. Orang yang ‘berfikir’ melihatnya sebagai suatu kurnia yang berharga, sedangkan mereka yang akur pada bujukan nafsu mendapatinya sebagai musibah yang menyusahkan.

Kadang kala terasa perit apabila diuji oleh kata-kata sendiri…hinggakan seolah-olah takut untuk menzahirkannya lagi. Sejarah banyak membuktikan mereka yang banyak berkata-kata akhirnya tenggelam dalam kata-katanya..hanya bibit-bibit kepetahan yang mampu bertahan, sedangkan diri sendiri telah jauh tersasar ke lembah kemungkaran…itulah akibat apabila perbuatan tidak disertai niat yang lurus. Biarpun nampak elok di permulaanya, namun, semakin lama sedikit demi sedikit ia terbias ke daerah binasa.

Hakikat Hidup

Hakikat hidup tidak seindah khayalan minda..Selagi mana kita masih bernafas di dunia fana ini, selama itulah desiran bayu suka dan duka akan menyapa kita. Sesekali hakikat tidak diduga datang bertandang, terasa amat sukar untuk menelannya, meskipun ia adalah suatu realiti yang tidak bisa diubah lagi. Pun begitu, ia adalah pengajaran besar dari Tuhan yang Maha Penyayang. Saat ini terasa terlalu amat bersyukur kerana Tuhan masih lagi mengasihi diri ini…kerana kaki ini masih mampu berdiri di atas jalan kehidupan yang semakin berduri.

Pesan

Pesanan buat diri yang sering lupa..bersyukurlah atas nasib yang menimpa dirimu. Saat dirimu mengeluh atas kemiskinan dan kelaparan, ketahuilah bahawa di luar sana ada lautan manusia yang menagih secebis simpati untuk sesuap makanan. Tika dirimu resah akan masa hadapan yang belum pasti, ingatlah akan saudaramu yang belum tentu esok masih ada untuknya lagi..Apabila engkau murung akan nasib diri yang sering dirundung malang, yakinlah bahawa di sana mereka sentiasa hidup dalam ketakutan sejak hari pertama dilahirkan…lantaran itu, kembalilah kepada Allah. Dialah sumber kebahagiaan, kekayaan, kasih sayang dan cita hakiki selama-lamanya…

Leave a Reply